MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Lawatan kerja dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) ke  MYSA pada 17 Februari 2023
 
Satu lawatan kerja dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) ke Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah berlangsung pada 17 Februari 2023. Lawatan yang diketuai oleh YB. Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Mohd. Arif, JP, Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah diiringi YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Setiausaha Tetap KSTI serta pegawai-pegawai kanan KSTI telah disambut oleh YBrs. Encik Adnan bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan) MYSA.
.
Tujuan lawatan ini adalah untuk mengadakan jalinan kerjasama dua hala dalam pemerkasaan penggunaan teknologi angkasa di Negeri Sabah.
.
Dalam lawatan tersebut, YBrs. Encik Adnan Ismail telah menyampaikan pembentangan berkenaan produk inovasi khususnya sistem-sistem aplikasi pelbagai bidang yang berteraskan teknologi angkasa.
Skip to content