MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Lawatan kerja dari Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) ke MYSA pada 1 Mac 2023
 
Satu lawatan kerja dari Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat ke Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah berlangsung pada 1 Mac 2023.
.
Tujuan lawatan kerja ini diadakan adalah untuk membincangkan potensi kerjasama antara MYSA dan JKR berkaitan penggunaan teknologi angkasa dalam bidang kejuruteraan.
.
Delegasi kemudiannya telah dibawa melawat ke fasiliti di Ibu Pejabat MYSA dan diberi penerangan berkenaan produk inovasi khususnya sistem-sistem aplikasi pelbagai bidang yang berteraskan teknologi angkasa.
Skip to content