Satu lawatan kerja daripada Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Alam Sekitar, Sains dan Perladangan ke Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kuala Lumpur telah berlangsung pada 20 Ogos 2024 . Delegasi lawatan diketuai oleh YB. Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim, Ahli Parlimen Kuala Terengganu merangkap Pengerusi JKPK Alam Sekitar, Sains dan Perladangan.
.
Ahli-ahli JKPK yang hadir sama ialah YB Tuan Kesavan a/l Subramamanian, Ahli Parlimen Sungai Siput; YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Ahli Parlimen Kubang Kerian; YB Dato’ Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen Beruas; YB Puan Rodiyah binti Sapiee, Ahli Parlimen Batang Sadong; YB Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien, Ahli Parlimen Julau; dan YB Dato’ Azman bin Nasrudin, Ahli Parlimen Padang Serai.
.
Kehadiran delegasi disambut oleh YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA.
.
Lawatan bertujuan untuk:
Meninjau bidang penyelidikan dan pembangunan teknologi, aplikasi dan sains angkasa yang dijalankan oleh MYSA;
Memahami aplikasi teknologi satelit dalam pelbagai sektor seperti komunikasi, pemetaan, dan pemantauan alam sekitar; dan
Memahami amalan terbaik dalam penggunaan teknologi angkasa yang menyumbang kepada pembangunan mampan dan lestari.
.
YBrs. KP telah menyampaikan taklimat mengenai hala tuju sektor angkasa negara meliputi status semasa, sektor keterlibatan, manfaat dan potensi teknologi angkasa kepada negara dan diikuti dengan sesi soal jawab.
.