MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

LAWATAN KERJA PENGERUSI JAWATANKUASA BERTINDAK WARISAN, TEKNOLOGI, INOVASI DAN DIGITAL KERAJAAN NEGERI SEMBILAN DAN DELEGASI KE KTA PADA 23 MEI 2024
Satu lawatan kerja YB Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital Negeri Sembilan yang diwakili oleh YB Dato’ Hj. Saiful Yazan bin Sulaiman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol serta delegasi telah berlangsung di Kompleks Teknologi Angkasa (STC), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Banting pada 24 Mei 2024.
.
YB ADUN Johol dan delegasi telah diberi taklimat mengenai peranan serta fungsi MYSA dan seterusnya dibawa melawat ke kemudahan-kemudahan di STC iaitu Fasiliti Kawalan Misi (FKM) dan Pemasangan, Integrasi dan Pengujian Satelit (Satellite Assembly, Integration and Test – AIT).
.
YB ADUN Johol juga telah berkesempatan meluangkan masa menanam anak pokok di perkarangan bangunan STC sebagai tanda kenangan.
Skip to content