MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Lawatan ilmiah Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (JSTEM), IPG Sungai Petani pada 9 Februari 2023
Satu lawatan ilmiah daripada Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (JSTEM), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah ke Kompleks Teknologi Angkasa, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) di Banting telah diadakan pada 9 Februari 2023. Objektif lawatan ilmiah ini adalah untuk menambah ilmu pengetahuan berkenaan teknologi dan sains angkasa.
.
Semasa lawatan ini, para pelajar dan pensyarah telah diberikan penerangan dan perkongsian mengenai pengalaman, penyelidikan, ilmu dan pengetahuan oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Eksplorasi Sains Angkasa (BES) dan juga Bahagian Kejuruteraan Teknologi Angkasa (BKT). Seterusnya, para pelajar dan pensyarah berpeluang melawat ke Fasiliti Kawalan Misi dan Fasiliti Pengujian Satelit dan menjalankan aktiviti cerapan matahari menggunakan teleskop.
.

 

 

Skip to content