MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

LAWATAN ILMIAH PESERTA KURSUS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KE OBSERVATORI NEGARA LANGKAWI
Satu lawatan ilmiah daripada peserta Kursus Peperangan Elektronik Lanjutan Komunikasi/Bukan Komunikasi Pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Observatori Negara Langkawi (ONL) telah berlangsung pada 7 Februari 2024. Lawatan tersebut disertai oleh seramai 34 orang pegawai yang diketuai oleh Pegawai Memerintah PKSE, Lt. Kol Muhammad Yazrul bin Yaakub.
.
Taklimat berkaitan pengoperasian ONL serta maklumat teknikal berkaitan dengan sains angkasa telah dikongsikan dalam sesi soal jawab sepanjang lawatan. Kesemua ahli delegasi juga berpeluang untuk melawat kemudahan pencerapan ONL dan melihat Matahari dalam cahaya tampak dengan menggunakan sistem teleskop Matahari. Diharapkan ilmu yang disampaikan dapat membantu kefahaman semua peserta berkaitan sains angkasa dan dapat diaplikasikan dalam dunia elektronik.
Skip to content