LAWATAN DUTA BESAR REPUBLIK ISLAM IRAN KE MYSA

YBrs. Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Tuan Hj. Azlikamil Napiah telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Ali Asghar Mohammadi, Duta Besar Republik Islam Iran pada 4 April 2022 (Isnin) bagi membincangkan potensi kerjasama dua hala antara Malaysia dan Republik Islam Iran dalam bidang sains dan teknologi angkasa.
 
Beliau turut dibawa melawat ke galeri pameran di Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur. Turut hadir adalah Encik Javad Bakshi, Pegawai Ekonomi Kedutaan Republik Islam Iran di Malaysia.
.