Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) berbesar hati menerima lawatan daripada Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM) dan beberapa agensi di bawah negeri Melaka ke fasiliti Observatori Negara Langkawi (ONL), MYSA, Langkawi pada 27 November 2024. Rombongan lawatan diketuai oleh YBrs. Encik Fauzi bin Elham, Ketua ICT Negeri Melaka.
.
Lawatan dimulakan dengan taklimat pengoperasian ONL dan perkongsian maklumat teknikal berkaitan dengan sains angkasa.
.
Rombongan kemudian dibawa melihat kemudahan yang ada di ONL seperti teleskop solar dan stellar – walau bagaimanapun pencerapan tidak dapat dilakukan atas faktor cuaca yang tidak mengizinkan.
.