Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menerima delegasi seramai 17 orang jurutera berdaftar ke Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur dalam satu lawatan teknikal oleh pihak Institut Jurutera Malaysia (IEM) pada 12 September 2024.
.
Taklimat mengenai fungsi, hala tuju MYSA dalam mengembangkan sektor angkasa, satelit dan sains angkasa telah disampaikan oleh Puan Zahira binti Mohd Radzi, Pegawai Penyelidik. Penerangan teknikal mengenai perkhidmatan setiap fasiliti MYSA turut diberikan.