MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

LAWATAN KERJA DELEGASI EXCO AGAMA ISLAM DAN PEMBUDAYAAN INOVASI SELANGOR KE KTA PADA 6 FEBRUARI 2024
Satu lawatan kerja oleh YB Tuan Dr. Mohammad Fahmi bin Ngah, EXCO Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor serta delegasi telah berlangsung di Kompleks Teknologi Angkasa (STC), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Banting pada 6 Februari 2024.
.
YB EXCO dan delegasi telah diberi taklimat mengenai peranan serta fungsi MYSA oleh YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA. Delegasi juga dibawa melawat ke kemudahan-kemudahan di STC iaitu Fasiliti Kawalan Misi dan Pemasangan, Integrasi dan Pengujian Satelit (Satellite Assembly, Integration and Test – AIT) serta diberi penerangan berkenaan produk inovasi khususnya sistem-sistem aplikasi pelbagai bidang yang berteraskan teknologi angkasa.
.
YB EXCO juga telah berkesempatan meluangkan masa menanam anak pokok di perkarangan bangunan STC sebagai tanda kenangan.
Skip to content