MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Lawatan Delegasi Department of Agricultural Reform, Ministry of Agriculture and Forestry of Turkiye pada 6 September 2023
YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menerima lawatan daripada Mr. Ahmet Turan GÜRKAN, Head, Department of Agricultural Reform, Ministry of Agriculture and Forestry of Turkiye dan delegasi pada 6 September 2023.
.
Objektif utama lawatan ini adalah untuk berkongsi maklumat dan pengetahuan serta bertukar pandangan terutamanya dalam bidang pertanian.
.
Delegasi telah diberi taklimat mengenai peranan serta fungsi MYSA, seterusnya dibawa melawat ke fasiliti di Ibu Pejabat MYSA dan diberi penerangan berkenaan produk inovasi khususnya sistem-sistem aplikasi pelbagai bidang yang berteraskan teknologi angkasa.
.
Turut hadir adalah pegawai-pegawai dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sebagai penyelaras lawatan.
Skip to content