MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

LAWATAN DARI OBSERVATORIUM UNIVERSITI ISLAM NEGERI WALISONGO SEMARANG KE OBSERVATORI NEGARA LANGKAWI
.
Satu lawatan daripada Observatorium Universiti Islam Negeri (UIN) Walisongo, Semarang dan Imahnoong, Bandung, Indonesia ke Observatori Negara Langkawi (ONL) telah berlangsung pada 22 Jun 2023. Lawatan tersebut telah diketuai oleh Encik Ahmad Syifaul Anam, Kepala Planetarium Observatorium UIN Walisongo.
.
Objektif lawatan ini adalah untuk mendapatkan input tenikal berkaitan aspek pembangunan dan pengoperasian observatori yang boleh digunakan sebagai panduan pembangunan balai cerap UIN Walisongo. Selain itu, lawatan tersebut bertujuan untuk menjalinkan kerjasama dua hala di dalam bidang penyelidikan serta pendidikan teknologi angkasa.
.
Kesemua ahli delegasi telah diberikan taklimat mengenai pengoperasian ONL oleh Pegawai di Bahagian Eksplorasi dan Sains Angkasa dan seterusnya dibawa melawat fasiliti ONL.
.
Skip to content