LAWATAN DELEGASI CAWANGAN SENGGARA FASILITI JALAN, JABATAN KERJA RAYA (JKR) KE MYSA PADA 19 JULAI 2024
Menerima delegasi dari Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Jabatan Kerja Raya (JKR) ke Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) pada 19 Julai 2024. Perbincangan memfokuskan kepada kerjasama strategik pembangunan sistem aplikasi berteraskan teknologi meliputi remote sensing; sistem maklumat geografi (GIS); sistem penentududukan (GPS) dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi pengurusan kerja-kerja infrastruktur (jambatan) kendalian JKR.
.
Sesi perbincangan dipengerusikan oleh Encik Zuraimi bin Suleiman, Pengarah Bahagian Aplikasi Pengurusan Sumber, MYSA.
.
Delegasi turut di bawa ke ke stesen kerja (work station) dan menerima penerangan mengenai pengoperasian Sistem Maklumat Geospatial Tanaman Padi (MakGeoPadi) , Sistem Litupan Muka Bumi Penderiaan Angkasa Sarawak (LIMPAS) , Sistem Maklumat dan Logistik Banjir (eBanjir) dan Sistem Pengurusan dan Pemantauan Cerun (e-slope MPAJ).