Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menerima lawatan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) pada 4 Februari di Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur. Delegasi disambut oleh YBhg. Brigedier Jeneral Datuk Hj. Abd Razak bin Sipit, Pengarah Bahagian Aplikasi Perisikan Pertahanan MYSA.
.
Seramai 18 orang pegawai APM menyertai lawatan ini yang diketuai oleh Kol. (PA) Fazlisyah bin Muslim, Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan.
.
Lawatan ini merupakan satu daripada pemangkin kepada pemindahan teknologi bagi sistem aplikasi MylDEA – satu sistem aplikasi berteraskan teknologi angkasa yang dibangunkan oleh MYSA untuk penyaluran maklumat mangsa banjir ke bilik gerakan bagi membantu proses menyelamat yang lebih efektif dan berkesan. Pegawai APM juga diberi pendedahan tentang pengoperasian dan latihan keupayaan aset dron MYSA.