MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

TAHUN

PENERANGAN

1988

Penubuhan Pusat Remote Sensing Negara (MACRES) pada 1988 adalah merupakan salah  satu  daripada lapan (8) komponen Program Remote Sensing Nasional Malaysia di bawah Jawatankuasa  Remote Sensing Nasional  (JKRSN) yang dipengerusikan Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri. JKRSN kemudiannya telah dipindahkan ke bawah naungan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE) selaras fungsi  MOSTE dalam bidang sains dan teknologi serta cadangan penubuhan MACRES di bawah MOSTE.

1989

Bahagian Planetarium diwujudkan dibawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi membangunkan fasiliti sains dan pendidikan melalui Penubuhan Planetarium Negara. 

1991

MACRES diiktiraf sebagai Institut Penyelidikan Persekutuan dalam bidang remote sensing dan teknologi berkaitan bermula 1 Januari 1991.

1993

Bahagian Planetarium di tukar nama kepada Bahagian Kajian Sains Angkasa (BAKSA) bagi menerajui penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi angkasa.

1995

BAKSA diletakkan dibawah MOSTE.

2002

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) ditubuhkan dengan mandat untuk mengubal polisi dan peraturan,menyelaras, melaksanakan dan memantau aktiviti angkasa.

2003

ANGKASA mengambil alih semua fungi BAKSA merangkumi pendidikan sains angkasa serta operasi Planetarium Negara.

2004

MOSTE distruktur semula dengan nama baharu iaitu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi meneraju pembangunan fungsi ICT Negara, Multimedia dan Inovasi.

2008

Pada 15 Februari 2008, MACRES telah dinaik taraf sebagai jabatan dengan nama baharuAgensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) bagi menerajui aktiviti  penyelidikan dan pembangunan (P&P)  teknologi remote sensing dan teknologi berkaitan dan perkhidmatan data remote sensing standard dan tambah nilai secara bersepadu.

2016

Bahagian pendidikan sains angkasa di bawah ANGKASA dan operasi Planetarium Negara dipindahkan sebagai sebuah bahagian di bawah MOSTI. 

2019

Pada 20 Februari 2019, Jemaah Menteri telah meluluskan penubuhan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) melalui penggabungan Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) dan Agensi Angkasa Negara  (ANGKASA). Inisiatif penubuhan MYSA adalah bagi memastikan pembangunan dan pengurusan sektor angkasa negara yang lebih strategik, teratur dan komprehensif.

2020

MESTECC telah distrukturkan semula dan namanya telah ditukar kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berikutan Pembentukan Kabinet Kerajaan Baru yang diumumkan pada  9 Mac 2020.

Skip to content