MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Kursus Pemantapan Penggunaan Imej Remote Sensing dan Maklumat Spatial dalam Memantau Sumber Hutan Secara Web-Based telah diadakan pada 29-31 Mac 2022 di Hotel Grand Riverview Kota Bharu, Kelantan. YBrs. Tuan Mohd Rahim bin Rani, Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (Operasi dan Teknikal) telah merasmikan kursus ini. Seramai 25 peserta telah menghadiri kursus ini terdiri daripada Pegawai Perhutanan Daerah dan Negeri daripada Zon Timur dan Utara.
.
Sistem Pemantauan Hutan Menggunakan Remote Sensing (FMRS Plus) merupakan aplikasi webGIS berteraskan kepada penggunaan teknologi Remote Sensing, GIS dan ICT yang dibangunkan oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM). Sistem ini berperanan membantu JPSM memantau perubahan kawasan berhutan menggunakan imej satelit, khususnya dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal agar ia dapat diuruskan secara mampan bagi pemuliharaan sumber hutan negara.
.
 
.
MYSA #MOSTI
 
 
Skip to content