MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KURSUS KEPAKARAN PEGAWAI NAVIGASI SIRI 7 TAHUN 2024
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) pada 27 Jun 2024 telah menerima lawatan daripada peserta Kursus Kepakaran Pegawai Navigasi Siri 7 Tahun 2024. Rombongan lawatan diketuai oleh Pegawai Memerintah KD Sultan Idris I, Kapten TLDM Shahril Amir bin Mohd Mokhtar.
.
Taklimat mengenai fungsi, peranan dan keupayaan MYSA dalam menyokong operasi dan latihan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta sesi demonstrasi aplikasi telah disampaikan oleh Pegawai Bahagian Aplikasi Perisikan Pertahanan (BAPP), MYSA. Kedua-dua pihak turut bertukar pandangan, idea, berkongsi pengalaman berkenaan cabaran serta isu-isu keselamatan dan pengurusan maritim di Malaysia.
.
Selamat maju jaya kepada semua peserta kursus! Moga perkongsian input daripada MYSA mengenai penggunaan teknologi angkasa dalam sektor pertahanan memberi manfaat kepada semua.
.
Teknologi angkasa untuk semua! 🌍🛰️🚀
Skip to content