MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

KUNJUNGAN HORMAT TYT DUTA SEPANYOL KE MALAYSIA PADA 5 JULAI 2024
 
YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Jose Luis Pardo Cuerdo, Duta Besar Sepanyol ke Malaysia pada 5 Julai 2024 bagi membincangkan potensi kerjasama dua hala antara Malaysia dan Sepanyol dalam bidang sains dan teknologi angkasa.
.
Beliau turut dibawa melawat ke galeri pameran di Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur. Hadir sama, Encik Juan Guia, Kaunselor Ekonomi dan Perdagangan, Kedutaan Sepanyol, Kuala Lumpur.
.
🤝🇲🇾🇪🇸
Skip to content