MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

KUNJUNGAN PEJABAT MAJLIS ISLAM SARAWAK DAN JABATAN MUFTI SARAWAK KE OBSERVATORI NEGARA LANGKAWI (ONL) PADA 9 OKTOBER 2023
 
Satu kunjungan daripada Pejabat Majlis Islam Sarawak dan Jabatan Mufti Sarawak ke Observatori Negara Langkawi (ONL) telah berlangsung pada 9 Oktober 2023. Delegasi lawatan tersebut telah diketuai oleh YBhg. Datuk Haji Misnu bin Haji Taha, Yang DiPertua, Majlis Islam Sarawak.
.
Objektif lawatan ini adalah untuk mendapatkan input tenikal berkaitan aspek pembangunan dan pengoperasian observatori yang boleh digunakan sebagai panduan pembangunan serta pengoperasian balai cerap di Sarawak. Selain itu, lawatan tersebut bertujuan untuk menjalinkan kerjasama dua hala di dalam bidang penyelidikan serta pendidikan sains angkasa.
.
Kesemua ahli delegasi telah diberikan taklimat mengenai pengoperasian ONL oleh Pegawai di Bahagian Eksplorasi dan Sains Angkasa dan seterusnya dibawa melawat fasiliti ONL.
Skip to content