Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) berbesar hati menerima kunjungan daripada YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) ke Observatori Negara Langkawi (ONL), MYSA, Langkawi, Kedah pada 8 Januari 2025. Kunjungan ini turut disertai oleh YB Shamsilah Siru, ADUN Ayer Hangat dan beberapa wakil agensi kerajaan tempatan. Delegasi disambut oleh YBrs. Puan Nik Mazlina binti Nik Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal dan Operasi) MYSA.