MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

KUNJUNGAN DELEGASI LADA KE ONL PADA 8 JANUARI 2025
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) berbesar hati menerima kunjungan daripada YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) ke Observatori Negara Langkawi (ONL), MYSA, Langkawi, Kedah pada 8 Januari 2025. Kunjungan ini turut disertai oleh YB Shamsilah Siru, ADUN Ayer Hangat dan beberapa wakil agensi kerajaan tempatan. Delegasi disambut oleh YBrs. Puan Nik Mazlina binti Nik Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal dan Operasi) MYSA.
.
Delegasi telah diberikan taklimat mengenai peranan dan fungsi MYSA, pengoperasian dan maklumat teknikal berkaitan sains angkasa serta lawatan ke kemudahan pencerapan ONL.
.
Delegasi turut berpeluang mencerap Matahari dengan menggunakan sistem teleskop ONL.
.
Semoga lawatan ini mengerat serta mengukuhkan lagi jalinan kerjasama antara MYSA, LADA serta Kerajaan Negeri Kedah bagi manfaat rakyat dan negara.
Skip to content