MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

KUNJUNGAN KELAB JABATAN PELAJARAN PERAK (KEJAPP) KE ONL PADA 5 MEI 2024
 
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) berbesar hati menerima kunjungan 31 warga pendidik yang merupakan ahli Kelab Jabatan Pelajaran Perak (KEJAPP) ke Observatori Negara Langkawi (ONL) pada 5 Mei 2024. Delegasi diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Salehuddin bin Haji Arshad, Pengerusi KEJAPP.
.
Taklimat berkaitan pengoperasian ONL dan maklumat teknikal berkaitan dengan sains angkasa telah dikongsikan. Delegasi turut dibawa melawat fasiliti pencerapan ONL dan berpeluang untuk melihat Matahari dalam cahaya tampak dengan menggunakan sistem teleskop Matahari.
.
Terima kasih atas kunjungan. Moga ilmu yang diperolehi memberi manfaat dalam kebersamaan kita untuk memperkasakan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi mencapai sasaran negara berteknologi tinggi menjelang 2030.
Skip to content