MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

KUNJUNGAN JABATAN MUFTI NEGERI PERAK KE OBSERVATORI NEGARA LANGKAWI (ONL) PADA 19 OKTOBER 2023
.
Satu kunjungan daripada Jabatan Mufti Negeri Perak ke Observatori Negara Langkawi (ONL) telah berlangsung pada 19 Oktober 2023. Delegasi lawatan tersebut telah diketuai oleh YBrs. Haji Kamaruddin bin Adam, pegawai di Jabatan Mufti Negeri Perak.
.
Objektif lawatan ini adalah untuk mendapatkan input teknikal berkaitan aspek pembangunan dan pengoperasian observatori. Selain itu, lawatan tersebut bertujuan untuk menjalinkan kerjasama dua hala di dalam bidang sains angkasa.
.
Kesemua ahli delegasi telah diberikan taklimat mengenai pengoperasian ONL oleh Pegawai di Bahagian Eksplorasi dan Sains Angkasa dan seterusnya dibawa melawat fasiliti ONL.
.
Skip to content