MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH (UMPSA) PADA 21 DISEMBER 2023
YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menerima kunjungan hormat dan lawatan kerja daripada YBrs. Profesor ChM. Dr. Mohd Hasbi bin Ab Rahim, Pengarah Kanan (Penyelidikan), Pusat Pengurusan Penyelidikan, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan delegasi pada 21 Disember 2023.
.
Sesi kunjungan hormat dan lawatan kerja ini diadakan bertujuan untuk membincangkan cadangan kerjasama penyelidikan berkaitan penggunaan teknologi angkasa.
.
Delegasi kemudiannya telah dibawa melawat ke kemudahan di Ibu Pejabat MYSA dan diberi penerangan berkenaan produk inovasi khususnya sistem-sistem aplikasi pelbagai bidang yang berteraskan teknologi angkasa.
Skip to content