YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Krzysztof Dobrowolsk, Duta Besar Republik Poland ke Malaysia di Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur pada 10 Februari 2025 bagi membincangkan potensi kerjasama kedua-dua negara dalam bidang sains dan teknologi angkasa.
.
Hadir sama, Ms. Barbara Kosińska, Setiausaha Kedua, Politik/Ekonomi. Delegasi kedutaan turut dibawa melawat ke galeri pameran MYSA.