Menerima kunjungan hormat daripada Sarawak Multimedia Authority (SMA) ke Ibu Pejabat Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kuala Lumpur pada 10 Februari 2025. Delegasi SMA diketuai oleh YBrs. Ts. Dr. Suhaila binti Jaffar, Timbalan Pengurus Besar SMA. Turut serta, YBrs. Encik Yau Chyong Lim, Ketua Pegawai Operasi MEASAT dan Encik Chan Seng Yu, Ketua Jurutera Elektrik, Bahagian Telekomunikasi, Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak.
.
Delegasi disambut dan disantuni oleh YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA. Sesi perbincangan memberi tumpuan bagi mendapatkan kepakaran dan panduan daripada MYSA dalam membangunkan industri sektor angkasa di Sarawak.