MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

KUNJUNGAN HORMAT MUFTI KERAJAAN NEGERI MELAKA DAN DELEGASI PADA 1 APRIL 2024
YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan delegasi pada 1 April 2024.
.
Sesi kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan pelaksanaan program yang bersesuaian antara Jabatan Mufti Negeri Melaka dan MYSA dalam pembangunan ilmu falak dan astronomi khususnya di Negeri Melaka dan secara umumnya di seluruh Malaysia.
Skip to content