MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

KUNJUNGAN HORMAT LEMBAGA PEMEGANG AMANAH TAMAN-TAMAN SABAH (LPATTS) PADA 6 MEI 2025
Kunjungan hormat daripada Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah (LPATTS) kepada YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) di Ibu Pejabat MYSA, 6 Mei 2025.
.
Memorandum Persefahaman (MoU) antara MYSA dengan LPATTS telah dimeterai pada Januari tahun lalu untuk membangun dan mengoperasikan sistem aplikasi dan pangkalan data berteraskan teknologi angkasa – bagi memudah dan memantapkan perancangan, pengurusan dan pemantauan di kawasan taman-taman dan simpanan alam semula jadi Sabah.
Skip to content