MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

SESI KUNJUNGAN HORMAT DAN LAWATAN KP MYSA KE MEASAT TELEPORT AND BROADCAST CENTRE, CYBERJAYA PADA 18 JULAI 2023
Satu sesi kunjungan hormat dan lawatan YBrs. Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Gs. Haji Azlikamil bin Napiah ke MEASAT Teleport and Broadcast Centre, Cyberjaya telah berlangsung pada 18 Julai 2023. Delegasi MYSA telah disambut dan disantuni oleh YBrs. Encik Yau Chyong Lim, Ketua Pegawai Operasi MEASAT serta pegawai-pegawai kanan.
.
Turut hadir adalah Encik Adnan bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan) MYSA dan Puan Nik Mazlina binti Nik Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal dan Operasi) MYSA.
.
Delegasi telah diberikan penerangan berkaitan fungsi dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh MEASAT sebelum sesi lawatan ke fasiliti Satellite Control Centre, Network Management Centre, CONNECTme 4WD with Kymeta Antenna dan Antenna Farm.

 

Skip to content