MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

KUNJUNGAN HORMAT KP MYSA KE ATAS YBHG. KPPA SABAH PADA 17 OGOS 2023
Satu sesi kunjungan hormat YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA ke atas YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah telah berlangsung pada 17 Ogos 2023 di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Kota Kinabalu.
.
Turut hadir adalah Encik Ramlee bin Kariah, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan) Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Puan Maria Chong, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah, Encik Adnan bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan) MYSA serta pegawai-pegawai MYSA dan KSTI Sabah.
.
Tujuan sesi kunjungan hormat ini adalah untuk merangka perancangan program dan aktiviti berkaitan teknologi angkasa di Negeri Sabah.
Skip to content