MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

KUNJUNGAN HORMAT KETUA POLIS DAERAH DANG WANGI DAN DELEGASI PADA 11 OGOS 2025
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada YDH ACP Sulizmie Affendy bin Sulaiman, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, bersama barisan kepimpinan Polis Dang Wangi ke Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur pada 11 Ogos 2025. Delegasi disambut dan disantuni oleh YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA.
.
Lawatan bertujuan mengukuhkan hubungan dan jalinan kerjasama antara kedua-dua agensi, di samping meneroka peluang penggunaan teknologi angkasa bagi menyokong pengurusan tugasan keselamatan dan kepolisan di bandar raya Kuala Lumpur.
.
Delegasi turut dibawa melawat ke stesen kerja (work station) bagi melihat pengoperasian sistem aplikasi berteraskan teknologi angkasa yang telah dibangunkan oleh MYSA.
Angkasa untuk semua | Space for all
πŸŒŽπŸ“‘πŸ”­πŸš€πŸ›°οΈ
Skip to content