KUNJUNGAN HORMAT KETUA PERANGKAWAN MALAYSIA KE MYSA

Sesi kunjungan hormat YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia ke atas YBrs. Tuan Hj. Azlikamil Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah diadakan di Ibu Pejabat MYSA pada 21 Februari 2022 (Isnin).
 
Kunjungan hormat ini bertujuan mengukuhkan lagi hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi dalam penggunaan teknologi angkasa khususnya teknologi remote sensing bagi perancangan dan pelaksanaan aktiviti berkaitan penghasilan statistik negara yang lebih cekap, sistematik dan berkesan. Antara lain, penggunaan imej remote sensing, khususnya yang diterima secara terus di Stesen Penerima Data Satelit, Kompleks Operasi Angkasa di Temerloh dapat memberi maklumat guna tanah yang tepat dan terkini bagi penghasilan statistik yang dipercayai, relevan dan bertepatan masa.
 
Delegasi telah dibawa melawat ke fasiliti di Ibu Pejabat MYSA dan diberi penerangan berkenaan produk inovasi khususnya sistem-sistem aplikasi pelbagai bidang yang berteraskan teknologi angkasa.