MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI JABATAN GEOINFORMASI, FAKULTI ALAM BINA DAN UKUR UTM PADA 12 OKT 2023
YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menerima kunjungan hormat daripada YBrs. Prof. Madya Sr Dr. Tajul Ariffin bin Musa, Pengarah Jabatan Geoinformasi, Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan delegasi pada 12 Oktober 2023. Sesi ini diadakan sebagai tanda hubungan akrab antara UTM dan MYSA dalam pelbagai aktiviti utama berimpak tinggi khususnya dalam bidang Remote Sensing dan Geospatial.
.
Melalui pertemuan ini juga telah dibincangkan cadangan untuk mengadakan kerjasama strategik bagi memastikan kesinambungan aktiviti serta program yang telah diusahakan oleh kedua-dua pihak.
Skip to content