YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA telah menerima kunjungan hormat daripada PYT Dr. Petra Ponevács-Pana, Duta Besar Hungary ke Malaysia pada 21 Oktober 2024 bagi membincangkan potensi kerjasama dua hala antara Malaysia dan Hungary dalam bidang sains dan teknologi angkasa.
.
Beliau turut dibawa melawat ke galeri pameran di Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur. Hadir sama, Encik Gabor Kozma, Ketua Seksyen Ekonomi dan Encik See Wei Ming, Pembantu Seksyen Ekonomi, Kedutaan Hungary di Kuala Lumpur.