MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI MISI PERDAGANGAN DUTCH GEODATA PADA 27 FEBRUARI 2025
YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Misi Perdagangan Dutch Geodata di Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur pada 27 Februari 2025. Delegasi yang dihadiri seramai 18 orang ini diketuai oleh Mr. Ruud Grim, Program Manager Space for Sustainable Development, Netherlands Space Office (NSO). Sesi kunjungan ini adalah salah satu pengisian program sempena Geodata and Earth Observation for Agri-Food and Water Dutch Trade Mission anjuran NSO.
.
Kedua-dua pihak bertukar pandangan serta membincangkan potensi kerjasama dalam bidang sains dan teknologi angkasa.
.
Hadir sama, pejabat Kedutaan Belanda di Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan wakil daripada Konsortium Industri Angkasa Malaysia (MASIC).
Skip to content