MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI APSCO PADA 3 APRIL 2023
 
YBrs. Gs. Hj. Azlikamil Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menerima kunjungan hormat daripada Ms. Yu Qi, Secretary-General, Asia-Pacific Space Cooperation Organization (APSCO) dan delegasi pada 3 April 2023. Melalui pertemuan ini, delegasi telah memberikan penjelasan dan penerangan mengenai latar belakang dan fungsi APSCO serta peluang Malaysia untuk menjadi salah satu daripada negara ahli APSCO.
.
APSCO yang berpusat di Beijing, China ini ditubuhkan pada tahun 2008 bertujuan untuk menyediakan ruang kerjasama dalam pembangunan teknologi angkasa antara negara-negara di rantau Asia Pasifik.
Skip to content