YBhg. Datoβ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato’ Haji Baderul Amin bin Abdul Hamid, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan delegasi di Ibu Pejabat MYSA Kuala Lumpur pada 12 Ogos 2025. Kunjungan ini bertujuan melihat pengoperasian sistem aplikasi berteraskan teknologi angkasa yang berpotensi untuk digunakan dalam pengurusan di MBSP.