MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA DELEGASI FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (FKEE) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) PADA 31 JULAI 2026
YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) menerima kunjungan hormat daripada delegasi Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 31 Julai 2026 di Kompleks Teknologi Angkasa, MYSA, Banting, Selangor. Delegasi diketuai oleh YBrs. Prof. Ts. Dr. Asmarashid bin Ponniran, Dekan FKEE. Tumpuan perbincangan antaranya potensi kerjasama dalam bidang teknologi angkasa, penyelidikan, inovasi dan pembangunan modal insan.
.
Delegasi turut dibawa melawat ke Fasiliti Pemasangan, Integrasi dan Pengujian Satelit (AIT) yang merupakan sebuah makmal bagi menjalankan pengujian ke atas satelit. Fasiliti berteknologi tinggi ini bukan sahaja memenuhi keperluan sektor angkasa, malah turut sesuai digunakan oleh industri aeroangkasa serta sektor lain yang giat membangunkan produk berteknologi tinggi. Keupayaan ini telah menarik minat syarikat tempatan dan luar negara untuk mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan.
.
Angkasa untuk semua | Space for all
πŸŒŽπŸ“‘πŸ”­πŸš€πŸ›°οΈ
Skip to content