MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

KUNJUNGAN DELEGASI PERBADANAN KEMAJUAN CAMERON HIGHLANDS (PKCH) PADA 20 JANUARI 2025
YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menerima kunjungan daripada delegasi Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands (PKCH) pada 20 Januari 2025 di Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur. Delegasi PKCH diketuai oleh YH Dato’ Zaman Azam bin Mohamat Sarif@Ahmat, Ketua Pegawai Eksekutif PKCH.
.
Tumpuan perbincangan adalah untuk memperkukuhkan lagi kerjasama antara PKCH dan MYSA dalam pengurusan tanah dan pemantauan penguatkuasaan menerusi Working Group Land Use Monitoring dan Working Group Monitoring & Enforcement.
.
MYSA komited menyediakan penyelesaian secara inklusif melalui penggunaan teknologi angkasa bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat.
.
Teknologi angkasa untuk semua πŸŒŽπŸ›°οΈπŸš€ πŸ”­
Β 
🌐MYSA telah membangunkan Sistem Pemantauan Tanah Cameron Highlands (SPTCH) untuk kegunaan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands (PDT CH) dan PKCH.
🌐Sistem SPTCH merupakan inisiatif pemerkasaan pemantauan guna tanah berskala besar di Daerah Cameron Highlands melalui teknologi satelit (satellite surveillance).
🌐Keupayaan satelit merakam aktiviti permukaan bumi secara kerap, berulang dan meliputi kawasan yang luas serta menghasilkan imej digital beresolusi tinggi membolehkan pengesanan perubahan tanah di Cameron Highlands dilakukan dengan lebih cekap, berkesan dan kos efektif berbanding kaedah konvensional.
Skip to content