KUNJUNGAN DELEGASI LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (MTIB) PADA 10 JANUARI 2025
YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menerima kunjungan daripada delegasi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) di Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur pada 10 Januari 2025. Delegasi MTIB diketuai oleh YBrs. Encik Mohd Amin bin Kadir, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan & Operasi) MTIB.
.
Delegasi turut di bawa ke stesen kerja dan menerima penerangan mengenai pengoperasian sistem aplikasi antaranya:

Sistem Pemantauan Tanah Cameron Highlands (SPTCH)

Sistem Pemantauan Lokasi Pelulusan Sisa (e-Sisa)

Sistem Majlis Perbandaran Kluang Geospatial Information Centre (MPK-GIC)

Sistem Maklumat Geospatial Tanaman Padi (MakGeoPadi)

Sistem Telaga Tiub

Sistem Penentuan Lokasi Penangkapan Ikan (FSI)

Sistem Maklumat Kebakaran Hutan (ForFIS)