YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menerima kunjungan delegasi Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) pada 11 November 2024 di Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur. Delegasi diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Ab Razak bin Khalid, Yang Dipertua MPPn. Tumpuan perbincangan adalah mengenai potensi kerjasama yang bersesuaian dengan fungsi dan peranan kedua-dua agensi.
.
Delegasi turut dibawa ke stesen kerja (work station) dan menerima penerangan mengenai pengoperasian sistem aplikasi berteraskan teknologi angkasa.
Sistem Maklumat Geospatial Tanaman Padi (MakGeoPadi)
Sistem Penentuan Lokasi Penangkapan Ikan (FSI)
Sistem Pengurusan Denggi
Pembangunan Sistem Telaga Tiub
Sistem Pemantauan Potensi Lokasi Pelupusan (e-Sisa)
Sistem Geospatial Majlis Perbandaran Kluang
.