MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI PENGERUSI JAWATANKUASA PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN NEGERI PERAK PADA 22 FEBRUARI 2024
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) berbesar hati menerima kunjungan daripada YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak diiringi delegasi daripada Bahagian Kerajaan Tempatan (SUK Perak) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Perak pada 22 Februari 2024. Kunjungan delegasi disantuni oleh YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA serta pegawai-pegawai MYSA.
.
YB Puan Sandrea Ng Shy Ching dan delegasi telah diberi taklimat mengenai peranan dan fungsi MYSA serta produk-produk teknologi angkasa yang sesuai untuk di aplikasikan di peringkat negeri dan PBT. Delegasi turut di bawa melawat ke stesen kerja (work station) bagi melihat sendiri pengoperasian sistem aplikasi yang telah dibangunkan sepenuhnya menggunakan kepakaran dalaman Pegawai Penyelidik MYSA.
.
Lawatan kerja ini adalah inisiatif YBM MOSTI bagi membina jalinan kerjasama antara MOSTI dan agensi-agensi di bawah MOSTI dengan Kerajaan Tempatan dalam meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat menerusi keupayaan sistem aplikasi berteraskan teknologi angkasa ini.
.
Terima kasih dan datang lagi. 👍🤝
Skip to content