MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

KIBO RPC 2022

KIBO ROBOT PROGRAMMING CHALLENGE (RPC) 2022
PERINGKAT KEBANGSAAN

KECEMASAN!! 

MISI: Mari kita selamatkan ISS dengan Robot ASTROBEE dan INT-BALL

 Oh tidak !!! Terdapat kebocoran udara di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) akibat hentaman meteor. MYSA memerlukan bantuan pelajar-pelajar daripada Malaysia untuk membaiki kebocoran tersebut agar dapat menyelamatkan ISS dan angkasawan!

Bangunkan pengaturcaraan anda bagi mengawal dan menggerakkan robot Astrobee dan Int-Ball untuk membaiki kebocoran udara di ISS.

Disclaimer: Ini adalah cerita rekaan untuk pertandingan ini 

 

PENGUMUMAN PEMENANG PERTANDINGAN KIBO RPC-2022 PERINGKAT KEBANGSAAN

pemenang kibo rpc 2022

Kuala Lumpur – Pada 7 Julai yang lalu, misi MYSA bagi mencari kumpulan terbaik untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan akhir Kibo Robot Programming Challenge (Kibo-RPC) pada penghujung September telah berakhir.

.
Kumpulan yang berjaya menduduki tempat pertama dan sekaligus akan mewakili Malaysia ialah IIUM ROBOTEAM AEROS-2 dari Universiti Islam Antarabangsa. Tempat kedua ialah kumpulan Zetsubo dan tempat ketiga ialah IIUM Roboteam Estrella.
.
Kibo Robot Programming Challenge (Kibo-RPC) adalah program pendidikan yang menggunakan robot (Astrobee dan Int-Ball) di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Program ini dijalankan dalam bentuk pertandingan yang memerlukan kemahiran pengaturcaraan dan simulasi untuk mengawal dan menggerakkan robot di ISS bagi menjalankan misi yang ditetapkan. Program ini dianjurkan oleh Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) dengan kerjasama National Aeronautics and Space Administration (NASA).
.
Sebelum pertandingan, para peserta diberikan penjelasan mengenai aturan permainan (game rule). Peserta perlu menyediakan aturcara (APK) untuk mengawal pergerakan robot Astrobee dari satu titik ke titik di dalam simulator yang disediakan. Peserta juga harus menggunakan fungsi Astrobee untuk melaporkan misi kepada angkasawan.
.
Pertandingan akhir akan dijalankan secara langsung menggunakan robot Astrobee di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dan berinteraksi dengan angkasawan.

KIBO Robot Programmming Challenge (KIBO-RPC) 2022

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) mencari satu kumpulan untuk mewakili negara bagi menyertai misi untuk menyelamatkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) melalui pertandingan Kibo Robot Programming Challenge (Kibo-RPC) 2022.

PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG

Kibo Robot Programming Challenge (Kibo-RPC) merupakan satu pertandingan berbentuk pendidikan yang memerlukan peserta menyediakan pengaturcaraan untuk mengawal dan menggerakkan robot (Astrobee dan Int-Ball)  di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) untuk menjalankan misi yang ditetapkan. Pertandingan ini dianjurkan oleh Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA).  

Kibo-RPC pertama telah dianjurkan pada Oktober 2019 hingga Oktober 2020 yang telah disertai oleh 1,168 orang pelajar, yang terdiri daripada 313 kumpulan yang merangkumi tujuh (7) buah negara (Jepun, Thailand, Indonesia, Australia, Taiwan, Singapura dan Emiriah Arab Bersatu (UAE)). Video pertandingan (1st Kibo-RPC) boleh dicapai menerusi url ini https://iss.jaxa.jp/en/kuoa/news/kibo-rpc_final.html.

Pertandingan Kibo-RPC direka khas untuk generasi muda yang mempunyai minat dalam bidang pengaturcaraan robotik, sains dan teknologi angkasa.  Melalui penyertaan pertandingan ini, golongan muda akan mendapat pendedahan kepada teknologi angkasa, meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang kejuruteraan serta mendapat peluang untuk bekerjasama dengan saintis di peringkat antarabangsa. Selain itu, para peserta akan dapat meningkatkan kemahiran dalam bidang pengaturcaraan dan simulasi.

MYSA akan menganjurkan pertandingan ini di peringkat kebangsaan bagi mencari kumpulan yang layak untuk mewakili Malaysia ke Pertandingan 3rd Kibo-RPC anjuran JAXA di Peringkat Asia Pasifik.

SYARAT PENYERTAAN

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan berstatus pelajar sekolah atau institusi pengajian tinggi awam atau swasta;
  2. Bukan pengaturcara professional;
  3. Penyertaan dalam bentuk berkumpulan yang terdiri daripada 3 hingga 5 orang sahaja;
  4. Peserta hanya boleh menganggotai satu kumpulan sahaja;
  5. Setiap peserta perlu melengkapkan borang pendaftaran yang boleh dimuat turun melalui portal MYSA beserta maklumat Pegawai rujukan daripada sekolah/kolej/universiti masing-masing;
  6. Setiap kumpulan perlu berdaftar secara atas talian menerusi Borang Pendaftaran sebelum 16 MEI 2022 6 JUN 2022. Pendaftaran telah DITUTUP.
  7. Syarat tambahan yang disyorkan adalah setiap kumpulan digalakkan mempunyai ahli yang berpengetahuan dalam android programming, image processing menggunakan JAVA disamping berpengetahuan fizik serta matematik pada peringkat kolej, bagaimanapun syarat ini tidak diwajibkan

KAEDAH PENYERTAAN

  1. Peserta perlu melengkapkan dan menghantar (submitBorang Pendaftaran.  
  2. Kumpulan yang telah didaftarkan oleh urus setia akan menerima email mengandungi maklumat untuk akses ke sistem simulator;
  3. Peserta dibenarkan mengakses sistem simulator untuk tujuan pembelajaran dan penyediaan aturcara; 
  4. Ketua kumpulan perlu sentiasa bersedia menerima arahan terkini dari urus setia; dan
  5. Klik untuk muat turun Perincian Program.

YURAN PENYERTAAN

Penyertaan adalah PERCUMA.

MUAT TURUN

  1. Borang pendaftaran atas talian – pendaftaran telah DITUTUP. 
  2. Buku Panduan: https://jaxa.krpc.jp/files/3rdKibo-RPC_Guidebook.pdf
  3. Kibo-RPC Rule Book: akan dimaklumkan kemudian
  4. Poster Pertandingan
  5. Soalan Lazim

MAKLUMAT LANJUT :

Zahira Mohd Radzi / Zulia Kurnia Dewi
Point of Contact (POC) for MALAYSIA
Bahagian Eksplorasi & Sains Angkasa
Kompleks Teknologi Angkasa
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Jalan Turi, 42700 Banting, Selangor.
E-mel: rpc2022@localhost

Skip to content