Malaysian Space Agency (MYSA)

Official Portal
Malaysian Space Agency (MYSA)

Ministry of Science, Technology & Innovation (MOSTI)

KIBO ROBOT PROGRAMMING CHALLENGE (RPC) 2021
PERINGKAT KEBANGSAAN

“PROGRAMMING SKILL round” KIBO RPC 2021 -18 JULAI 2021

Sesi Programming Skill Round secara live di peringkat antarabangsa ini telah diadakan pada:

Tarikh: 18 Julai 2021 (Ahad)
Masa : 2.00 petang
Pautan : JAXA (Japan Aerospace Exploration Agency) YouTube channel

PENGUMUMAN PEMENANG “PRELIMINARY ROUND” KIBO RPC 2021

Tahniah kepada pemenang  “Preliminary Round” Kibo RPC 2021 iaitu LEMON TREE dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai yang akan mewakili negara ke sesi “Programming Skill Round” dengan misi untuk menyelamatkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Banner Kibo RPC 2021

KECEMASAN!! 

MISI: Mari kita selamatkan ISS dengan Robot ASTROBEE dan INT-BALL

 Oh tidak !!! Terdapat kebocoran udara di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) akibat hentaman meteor. MYSA memerlukan bantuan pelajar-pelajar daripada Malaysia untuk membaiki kebocoran tersebut agar dapat menyelamatkan ISS dan angkasawan!

Bangunkan pengaturcaraan anda bagi mengawal dan menggerakkan robot Astrobee dan Int-Ball untuk membaiki kebocoran udara di ISS.

Disclaimer: Ini adalah cerita rekaan untuk pertandingan ini

KIBO Robot Programmming Challenge (KIBO-RPC) 2021

 Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) mencari satu kumpulan untuk mewakili negara bagi menyertai misi untuk menyelamatkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) melalui pertandingan Kibo Robot Programming Challenge (Kibo-RPC) 2021.

PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG

Kibo Robot Programming Challenge (Kibo-RPC) merupakan satu pertandingan berbentuk pendidikan yang memerlukan peserta menyediakan pengaturcaraan untuk mengawal dan menggerakkan robot (Astrobee dan Int-Ball)  di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) untuk menjalankan misi yang ditetapkan. Pertandingan ini dianjurkan oleh Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA).  

Kibo-RPC pertama telah dianjurkan pada Oktober 2019 hingga Oktober 2020 yang telah disertai oleh 1,168 orang pelajar, yang terdiri daripada 313 kumpulan yang merangkumi tujuh (7) buah negara (Jepun, Thailand, Indonesia, Australia, Taiwan, Singapura dan Emiriah Arab Bersatu (UAE)). Video pertandingan (1st Kibo-RPC) boleh dicapai menerusi url ini https://iss.jaxa.jp/en/kuoa/news/kibo-rpc_final.html.

Pertandingan Kibo-RPC direka khas untuk generasi muda yang mempunyai minat dalam bidang pengaturcaraan robotik, sains dan teknologi angkasa.  Melalui penyertaan pertandingan ini, golongan muda akan mendapat pendedahan kepada teknologi angkasa, meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang kejuruteraan serta mendapat peluang untuk bekerjasama dengan saintis di peringkat antarabangsa. Selain itu, para peserta akan dapat meningkatkan kemahiran dalam bidang pengaturcaraan dan simulasi.

MYSA akan menganjurkan pertandingan ini di peringkat kebangsaan bagi mencari kumpulan yang layak untuk mewakili Malaysia ke Pertandingan 2nd Kibo-RPC anjuran JAXA di Peringkat Asia Pasifik.

GUIDANCE SESSION OLEH PIHAK JAXA PADA 22 APRIL 2021

Satu sesi taklimat “Guidance Session”  telah diadakan oleh pihak JAXA pada 22 April 2021 secara dalam talian untuk semua pelajar daripada negara-negara Asia Pasifik yang berminat dan telah berdaftar untuk Pertandingan Kibo Robot Programming Challenge 2021.

Sesi ini diadakan secara first come first served basis dan pihak JAXA telah memuatnaik rakaman video sesi tersebut di laman web KRPC, JAXA untuk rujukan pelajar yang tidak berkesempatan untuk turut serta dalam sesi taklimat tersebut. 

Untuk menonton rakaman tersebut, sila klik video di bawah.

SYARAT PENYERTAAN

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan berstatus pelajar sekolah atau institusi pengajian tinggi awam atau swasta;
  2. Bukan pengaturcara professional;
  3. Penyertaan dalam bentuk berkumpulan yang terdiri daripada 3 hingga 5 orang sahaja;
  4. Peserta hanya boleh menganggotai satu kumpulan sahaja;
  5. Setiap kumpulan perlu berdaftar secara atas talian menerusi Borang Pendaftaran sebelum 30 April 2021  6 JUN 2021.
  6. Setiap kumpulan digalakkan mempunyai kemahiran dalam Android Programming dan Image Processing menggunakan Java serta pengetahuan dalam bidang fizik dan matematik.

KAEDAH PENYERTAAN

  1. Peserta perlu melengkapkan dan menghantar (submitBorang Pendaftaran.  
  2. Kumpulan yang telah didaftarkan oleh urus setia akan menerima email mengandungi maklumat untuk akses ke sistem simulator;
  3. Peserta dibenarkan mengakses sistem simulator untuk tujuan pembelajaran dan penyediaan aturcara; 
  4. Ketua kumpulan perlu sentiasa bersedia menerima arahan terkini dari urus setia; dan
  5. Klik untuk muat turun Perincian Program.

YURAN PENYERTAAN

Penyertaan adalah PERCUMA.

MUAT TURUN

  1. Borang pendaftaran atas talian. 
  2. Buku Panduan: https://jaxa.krpc.jp/files/2ndKibo-RPC_Guidebook.pdf
  3. Programming Manual: https://jaxa.krpc.jp/download.html
  4. Kibo-RPC Rule Book: https://jaxa.krpc.jp/download.html
  5. Template APK : https://jaxa.krpc.jp/download.html
  6. Sample APK: https://jaxa.krpc.jp/download.html
  7. External Modules for Simulation Environment : https://jaxa.krpc.jp/download.html

MAKLUMAT LANJUT :

Nyanasegari Bhoo Pathy & Nor Rafidah Saibaka
Point of Contact (POC) for MALAYSIA
Bahagian Eksplorasi & Sains Angkasa,
Kompleks Teknologi Angkasa,
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA),
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi,
Jalan Turi, 42700 Banting, Selangor.
E-mel: rpc2021@mysa.gov.my

Skip to content