MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA MYSA DAN BANK NEGARA MALAYSIA (BNM) PADA 9 MEI 2024
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Kerjasama antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dengan Bank Negara Malaysia (BNM) telah berlangsung di Ibu Pejabat BNM, Kuala Lumpur pada 9 Mei 2024.
.
Memorandum ini ditandatangani oleh YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA dan YBrs. Encik Suhaimi bin Ali, Penolong Gabenor, BNM. Turut hadir sama adalah YBrs. Puan Nik Mazlina binti Nik Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal dan Operasi), MYSA dan YBrs. Encik Nor Rafidz bin Nazri, Pengarah Jabatan Rangkuman Kewangan, BNM serta pegawai kanan dan ahli projek kedua-dua agensi.
.
MYSA melangkah terus ke hadapan meningkatkan penggunaan teknologi angkasa dalam memperkasakan kecekapan ekosistem kewangan negara.
Skip to content