1973 – Kementerian Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan
1976 – Selaras dengan fungsi dan tanggungjawab baru yang berkaitan dengan isu-isu alam sekitar, nama Kementerian telah ditukar kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE)
2004 – Jemaah Menteri pada 27 Mac 2004 telah bersetuju dengan penstrukturan semula MOSTE dan nama Kementerian ditukar kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi menerajui fungsi pembangunan ICT Negara, Multimedia dan Inovasi
2007 – Fungsi sains dan teknologi dipecahkan mengikut cluster Bioteknologi, ICT, Industri, Angkasa, Laut dan Atmosfera dan Teras Sains dan Teknologi
2016 – Pada 3 Oktober 2016, MOSTI distrukturkan semula dengan fokus untuk merancakkan program pengkomersialan hasil R&D dan inovasi negara
2018 – Selepas Pilihanraya Umum ke 14 (PRU-14), keseluruhan komponen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), komponen tenaga dan teknologi hijau daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan komponen berkaitan perubahan iklim dan alam sekitar daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah disusun semula dan membentuk Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC).
2020 – MESTECC telah distrukturkan semula dan namanya telah ditukar kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berikutan Pembentukan Kabinet Kerajaan Baru yang diumumkan pada 9 Mac 2020.
Visi
“Peneraju agenda Sains, Teknologi dan Inovasi Negara.”
Misi
“Meneroka, membangun dan memanfaatkan STI untuk menjana ilmu pengetahuan, mencipta kekayaan dan menjamin kesejahteraan masyarakat ke arah mencapai ekonomi berpendapatan tinggi yang kompetitif, mapan dan terangkum.”
YB Dato' Sri Dr. Adham Bin Baba, Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi
YB Datuk Haji Ahmad Amzad Bin Hashim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi
YBhg. Datuk Zainal Abidin Bin Abu Hassan, Ketua Setiausaha
ALAMAT
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Aras 1-7, Blok C4 & C5, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62662 PUTRAJAYA, MALAYSIA email:enquiry[at]mosti.gov.my Tel:(603) 8000 8000 Faks:(603) 8888 9070