MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

KEM ANGKASA ANTARABANGSA PADA 26 & 27 MEI 2023
Sempena SpaceTech Nexus di LIMA’23, Kem Angkasa Antarabangsa telah diadakan pada 26 dan 27 Mei 2023 di MIEC, Langkawi. Program ini dianjurkan oleh Apadilangit dengan kerjasama Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) selaras dengan Minggu Sains Negara (MSN).
.
Seramai 120 orang pelajar sekolah rendah dan menengah diiringi oleh 9 orang guru telah menyertai program ini dengan objektif untuk memupuk minat dalam bidang astronomi dan mendedahkan mereka kepada teknologi terkini dalam bidang angkasa.
.
Peserta juga telah diberi peluang menjalankan aktiviti berkaitan misi Artemis yang sedang dilaksanakan oleh pihak NASA.
.
Skip to content