LOGO MYSA MOSTI NEW BI B

MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

KARNIVAL MINGGU SAINS NEGARA (MSN) 2026 ZON SELATAN DI MELAKA PADA 9 & 10 OGOS 2026
Reruai Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) menerima kunjungan para pelajar yang teruja menyertai aktiviti satelit origami dan imej satelit 3D sambil mengenali konsep asas berkaitan satelit dan teknologi angkasa dalam suasana yang santai, interaktif dan menyeronokkan. Penyertaan MYSA dalam Karnival Minggu Sains Negara (MSN) 2026 Zon Selatan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk menyemai minat terhadap sains dan teknologi angkasa dalam kalangan generasi muda.
.
Perasmian karnival telah disempurnakan oleh YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada 10 Ogos 2026. Turut hadir, YBrs. Puan Nik Mazlina binti Nik Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal dan Operasi), MYSA.
.
Program berlangsung di Dewan Canselor, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada 9 dan 10 Ogos 2026.
.
Angkasa untuk semua | Space for all
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content