MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

KARNIVAL FALAK NUSANTARA PADA 7-9 JULAI 2023 DI TEBINGAN KUCHING, SARAWAK
MYSA buat julung kalinya menyertai pameran bersempena Karnival Falak Nusantara anjuran Jabatan Mufti Negeri Sarawak yang diadakan pada 7 hingga 9 Julai 2023, di Tebingan Kuching, Sarawak. Karnival yang bertemakan ‘Astronomi: Korelasi Jagatraya dan Manusia’ ini telah dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
.
Karnival bersempena sambutan 60 tahun Sarawak Merdeka ini juga bertujuan untuk membuka ruang dan peluang kepada generasi muda mendapatkan dimensi baharu ilmu falak dan astronomi serta mendedahkan korelasi antara perubahan iklim dunia dan ilmu falak dan astronomi.
.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang karnival ini berlangsung, antaranya pertandingan bertemakan falak, skygazing (Istiksyaf As-Sama’), ekspo falak dan astronomi, bicara astronomi dan sembang santai falak.
.
Skip to content