MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Satelit Remote Sensing

INFOGRAFIK9

APA ITU SATELIT PENDERIAAN JAUH (REMOTE SENSING) ?

Remote sensing adalah kaedah pencerapan data permukaan bumi, suatu objek, daerah atau fenomena yang dilaksanakan dari jauh iaitu dengan menggunakan sensor yang diletakkan pada pelbagai platform seperti satelit, pesawat dan dron.

Satelit Penderiaan Jauh (remote sensing) adalah satelit yang mencerap dan mengumpul maklumat permukaan bumi.

Terdapat 2 jenis teknologi penderiaan jauh iaitu:

(i) Penderiaan pasif menggunakan sumber tenaga semula jadi iaitu matahari. Sensor satelit mengesan dan mengukur pantulan cahaya matahari atau gelombang elektromagnetik daripada objek sasaran. Satelit dengan sistem penderiaan pasif hanya dapat mencerap maklumat muka bumi pada waktu siang sahaja.

(ii) Penderiaan aktif pula memiliki sumber tenaga sendiri dan sensor akan memancarkan gelombang elektromagnetik ke objek sasaran. Gelombang yang dipantulkan selepas interaksi dengan objek sasaran kemudiannya dikesan dan diukur oleh sensor. Oleh itu, satelit dengan sistem penderiaan aktif dapat mencerap maklumat muka bumi tanpa mengira waktu siang, malam atau sesuatu musim.

Satelit penderiaan jauh dengan penderiaan pasif:

TiungSAT-1 (650km orbit) & RazakSAT (685km orbit)

Spot 6/7 (694km orbit) dan Pleiades (694km orbit)

Landsat 8 (705km orbit) dan WorldView (496 dan 770km orbit)

Satelit penderiaan jauh dengan penderiaan aktif:

Radarsat-2 (798km orbit)

TerraSAR-X (514km orbit)

#MYSA #MOSTI #STI #PKPB

#MSN2020 #KeajaibanSains #MagicOfScience #ScienceForLife #MalaysiaPrihatin #KitaJagaKita #KitaMestiMenang #KitalahFrontliner #AmalanNormaBaharu #BersamaHentikanWabakCovid19 #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa

Skip to content